Isnin, 1 Disember 2008

Perancangan Pakej Pelancongan - 'Menyusuri Muara Sungai Kedah'

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuabang Rotan dalam rangka untuk mewujudkan satu lagi destinasi pelancongan khususnya dalam ADUN Kubang Rotan dan amnya dalam negeri Kedah. Alhamdulillah pada 27.11.2008 yang lalu semua Ahli Jawatankuasa PKWR ADUN Kubang Rotan telah turun sendiri menyusuri muara Sungai Kedah bagi melihat serta merasai sendiri untuk sama-sama memberi pandangan bagi menjayakan pakej pelancongan ini. Dengan keindahan flora dan Faunanya serta melihat dari dekat kehidupan nelayan di sini akan menjadi daya tarikan pada para pelancong pada masa akan datang. Sekaligus meningkatkan sosio ekonomi masyarakat sekeliling. InsyaALLAH.

2 ulasan:

Fauzi berkata...

Syabas, teruskan usaha majukan industri tempatan. TQ

A.Raju berkata...

Razak..
jangan lupa mai tengok kampong saya sama.. Kg. Telok Layang,Telok Kechai ... jalan batas ban sekerat ada tar sekerat tak dak ..tolong boh bagi habis baru lah sempurna sikit.. jangan sampai nak masuk dalam surat khabar baru nak ambik tindakan