Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Kami di PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT (PKWR) mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.
Semua umat Islam seharusnya merebut peluang keemasan yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul kepada kita di bulan yang dipenuhi keberkatan ini. Menghidupkan Ramadhan merupakan peluang teristimewa yang diberi oleh Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W untuk beramal dan menerima ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan.Ramadhan juga merupakan madrasah untuk menyempurnakan ketaqwaan. Malam Lailatul Qadar adalah kemuncak Ramadhan Al-Mubarak.
Di musim ketaatan ini, PKWR Kubang Rotan telah menyusun beberapa aktiviti untuk bersama mengajak semua lapisan masyarakat menghidupkan Ramadhan. Pihak kami membuka peluang kepada Tuan/Puan untuk terlibat sama di dalam menjayakan program Ihya’ Ramadhan dengan memberi sumbangan kepada ‘Tabung Ihya’ Ramadhan PKWR Kubang Rotan’. Pihak kami juga bersedia menerima apa jenis sumbangan yang ingin di hulurkan.
InsyaAllah, semoga dengan sumbangan dan kerjasama Tuan/Puan di musim ketaatan ini akan dapat menjayakan lagi program Ihya’ Ramadhan yang di aturkan dan menjadi pemangkin kejayaan umat di dunia dan Akhirat.
Marhaban Ya Ramadhan
Dari Ibnu Abbas RA dia berkata: Telah bersabda Rasullah S.A.W
“Allah jadikan segolongan hambaNya memberi nikmat yang diberikan oleh Allah untuk kemanfaatan hamba-hambaNya yang lain. Siapa bakhil akan kemanfaatan itu tehadap orang lain, maka Allah akan memberikannya kepada orang lain.
Selasa, 30 Jun 2009
Isnin, 1 Disember 2008
Perancangan Pakej Pelancongan - 'Menyusuri Muara Sungai Kedah'
Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuabang Rotan dalam rangka untuk mewujudkan satu lagi destinasi pelancongan khususnya dalam ADUN Kubang Rotan dan amnya dalam negeri Kedah. Alhamdulillah pada 27.11.2008 yang lalu semua Ahli Jawatankuasa PKWR ADUN Kubang Rotan telah turun sendiri menyusuri muara Sungai Kedah bagi melihat serta merasai sendiri untuk sama-sama memberi pandangan bagi menjayakan pakej pelancongan ini. Dengan keindahan flora dan Faunanya serta melihat dari dekat kehidupan nelayan di sini akan menjadi daya tarikan pada para pelancong pada masa akan datang. Sekaligus meningkatkan sosio ekonomi masyarakat sekeliling. InsyaALLAH.
Isnin, 17 November 2008
JOM GOTONG-ROYONG "Bersih & Ceria" pada 13 NOVEMBER 2008
YB Mohd Nasir Mustafa merasmikan program.YB Mohd Nasir tidak ketinggalan bersama-sama mengerah tenaga.Pelbagai pihak turut membantu menjayakan program ini terutamanya Bomba Sukarela Kg. Berjaya.Para pekerja AWS Jaya Sdn. Bhd. turut membantu.Bergambar beramai-ramai setelah penat bekerja bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.
Ahad, 9 November 2008
Rabu, 13 Ogos 2008
Ahad, 10 Ogos 2008
KES-KES BERBANGKIT YANG SEDANG DIURUSKAN
1. Menyelesaikan isu remaja berpeleseran di Pantai Leman, Seberang Kota Kuala Kedah
2. Menyelesaikan masalah air laut pasang melintasi ban menenggelamkan beberapa rumah kaum Tionghua di Kuala Kuar
3. Mengurus rayuan pampasan 51 keluarga di Seberang Kota, Kuala Kedah yang masih tindak berpindah ke Taman Kota Nelayan.
4. Menguruskan sumbangan basikal kepada 80 keluarga yang memerlukan.
5. Berusaha mencari dana untuk sambutan bulan Ramadhan - dengan aktiviti seperti kanji, moreh, sumbangan fakir miskin dan sebagainya.
6. Masalah rumput diTaman Permainan yang tidak terurus, sampah yang masih tidak diangkut dengan sempurna dan longkang yang tersumbat.
7. Masalah pusat snuker yang dijadikan pusat kegiatan perjudian.
2. Menyelesaikan masalah air laut pasang melintasi ban menenggelamkan beberapa rumah kaum Tionghua di Kuala Kuar
3. Mengurus rayuan pampasan 51 keluarga di Seberang Kota, Kuala Kedah yang masih tindak berpindah ke Taman Kota Nelayan.
4. Menguruskan sumbangan basikal kepada 80 keluarga yang memerlukan.
5. Berusaha mencari dana untuk sambutan bulan Ramadhan - dengan aktiviti seperti kanji, moreh, sumbangan fakir miskin dan sebagainya.
6. Masalah rumput diTaman Permainan yang tidak terurus, sampah yang masih tidak diangkut dengan sempurna dan longkang yang tersumbat.
7. Masalah pusat snuker yang dijadikan pusat kegiatan perjudian.
Ahad, 27 Julai 2008
Kebersihan Sebahagian Dari Iman
Sejak dari kecil umat Islam diajar mengenai kebersihan.
Anak-anak kecil peringkat pra sekolah (PASTI) telah diajar mengenainya dan diajar mengahafal hadis bermaksud "Kebersihan sebahagian dari iman"
Masalahnya hadis itu hanya dihafal seperti burung kakak tua menghafal tanpa memahami dan mahu melaksanakan apa yang dihafal.
Gambar: Sebelum Operasi Cuci DiLakukan
Ini jelas terbukti dengan sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu mengambil berat mengenai kebersihan. Baru-baru ini operasi pembersihan sungai Tok Pasai, Pekan Kuala Kedah dengan inisiatif PKWR setelah mendapat aduan dari penduduk dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dilakukan
Dari manakah sampah itu datang?
Ia datang dari satu tabiat buruk rakyat yang suka membuang sampah kedalam sungai. Yang lebih menyedihkan lagi ketika operasi tersebut kami sedang lakukan pun, mereka sanggup mencampakkan sampah tanpa merasakan bersalah.
Apakah selama 50 tahun lepas mereka tidak dididik. Apakah mereka tidak merasakan bahawa dengan mereka mencampakkan sampah kedalam sungai, maka sudah kurang separuh dari iman mereka.
Sehingga berita ini ditulis, sekitar 50 lori sampah yang bertimbun dalam sungai tersebut telah diangkut keluar. Jika tabiat buruk membuang sampah kedalam sungai tidak dikikis, kami merasakan dalam tempuh tidak sampai sebulan sungai Tok Pasai, Kuala Kedah akan kembali dipenuhi sampah.
Berubahlah rakyatku demi kesehjahteraan kita semua dan ianya juga ada hubungkait dengan beriman kepada Allah swt. Jagalah tangan mu supaya sentiasa mencari tong sampah untuk membuang sampah dan jangan membiarkan tangan itu secara automatik mencampak sampah kemana-mana.
Khamis, 24 Julai 2008
Langgan:
Catatan (Atom)