Ahad, 27 Julai 2008

Kebersihan Sebahagian Dari Iman



Sejak dari kecil umat Islam diajar mengenai kebersihan.

Anak-anak kecil peringkat pra sekolah (PASTI) telah diajar mengenainya dan diajar mengahafal hadis bermaksud "Kebersihan sebahagian dari iman"

Masalahnya hadis itu hanya dihafal seperti burung kakak tua menghafal tanpa memahami dan mahu melaksanakan apa yang dihafal.



Gambar: Sebelum Operasi Cuci DiLakukan


Ini jelas terbukti dengan sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu mengambil berat mengenai kebersihan. Baru-baru ini operasi pembersihan sungai Tok Pasai, Pekan Kuala Kedah dengan inisiatif PKWR setelah mendapat aduan dari penduduk dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dilakukan

Dari manakah sampah itu datang?

Ia datang dari satu tabiat buruk rakyat yang suka membuang sampah kedalam sungai. Yang lebih menyedihkan lagi ketika operasi tersebut kami sedang lakukan pun, mereka sanggup mencampakkan sampah tanpa merasakan bersalah.

Apakah selama 50 tahun lepas mereka tidak dididik. Apakah mereka tidak merasakan bahawa dengan mereka mencampakkan sampah kedalam sungai, maka sudah kurang separuh dari iman mereka.

Sehingga berita ini ditulis, sekitar 50 lori sampah yang bertimbun dalam sungai tersebut telah diangkut keluar. Jika tabiat buruk membuang sampah kedalam sungai tidak dikikis, kami merasakan dalam tempuh tidak sampai sebulan sungai Tok Pasai, Kuala Kedah akan kembali dipenuhi sampah.

Berubahlah rakyatku demi kesehjahteraan kita semua dan ianya juga ada hubungkait dengan beriman kepada Allah swt. Jagalah tangan mu supaya sentiasa mencari tong sampah untuk membuang sampah dan jangan membiarkan tangan itu secara automatik mencampak sampah kemana-mana.